Apa Yang Berlaku? (Perihal Takdir: ‘Revisited’)


MHead 20131219

Saya pernah menyebut dalam banyak artikel sebelum ini; “Takdir itu sukar untuk diulit.”

Dalam garis masa kehidupan kita, ada satu tempoh itu Allah S.W.T. akan limpahkan nikmat bahagia serta kegembiraan kepada kita, untuk kita merasai dan mensyukuri, dan mungkin juga, untuk memberi dan menghargai.

Bila tiba masanya dan atas rahsia hikmahNya, Allah S.W.T. mungkin akan mencabut kembali nikmat tersebut dan ‘hadiahkan’ kita dengan rasa derita dan kehilangan. Maka kita diuji dengan sifat tabah dan sabar, di samping ruang untuk melakar strategi. Nikmat tersebut kadang-kala dicabut bukan kerana atas kekhilafan kita, tetapi situasi sekeliling yang telah ditentukan olehNya menyebabkan nikmat tersebut hilang tanpa dapat dihalang.

Susulan daripada tempoh bahagia dan tempoh derita itu, kita telah merasai nikmat memiliki dan derita kehilangan. Atas rahsia takdirNya juga, Allah S.W.T. berikan kita kesempatan dengan menghadirkan, mendekatkan sesuatu yang pernah kita miliki. Takdir demikian adalah bersebab, dan setiap suatu kejadian itu adalah bersebab.

Quran-3-191

“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Al-Quran: Surah Ali-Imran, ayat 191)

Tempoh bahagia dan derita itu adalah untuk kita pelajari, mengalami dua titik ekstrem perasaan itu, dan apabila kita telah melaluinya, lazimnya kita menjadi lebih matang dan Insya Allah tidak akan bertindak mengikut emosi. Emosilah yang membunuh situasi.

Daripada sudut yang lain pula, mungkin kita keliru mengapa Allah S.W.T. takdirkan sesuatu situasi menjadi begini dan begitu. Kita mungkin mampu memahami hanya sebahagian hikmah kerana ilmu kita terbatas – Allah S.W.T. Maha Mengetahui dan sebaik-baik perancang. Mungkin ini adalah ruang kesempatan, mungkin ini juga satu hadiah kerana kejayaan mengharungi kehilangan sementara yang perit, dan pelbagai kemungkinan. Mungkin?

Ahli bijak pandai dan masyarakat Melayu ada berfalsafah menyatakan;

“…Jika (dia) memang jodohnya, walau dilihat mustahil kerana keadaan-keadaan terdahulu yang berlaku; walau sebijak mana manusia cuba menafikannya; walau bagaimana manusia cuba mengelaknya; ia tetap akan ketemu kembali; lazimnya, dalam situasi tak dijangka…”

Tetapi ini tidak harus dilihat dalam konteks jodoh semata-mata. Falsafah ini adalah relevan dalam semua aspek kehidupan kita; sosial, ekonomi, emosi dan lain-lain. Kita kaitkan kembali dengan ayat Al-Quran yang disebutkan sebelumnya;

Quran-3-191

“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Al-Quran: Surah Ali-Imran, ayat 191)

Ada sebabnya, ada rahsianya, yang akan terbuka hijabnya bila tiba masa.

– – – – – – –
Artikel ini adalah olahan semula daripada status Facebook saya yang dipost pada tengah malam 19 Disember 2013. Status tersebut boleh dibaca di sini.

This entry was posted in Anecdote, Bahasa Melayu and tagged . Bookmark the permalink.

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s