Setahun Yang Lalu – Blue Ocean


20130625 BlueOceanP

Kita berada di penghujung Jun 2014, dan Insya Allah akan ketemu bulan Ramadhan Al-Mubarak sekiranya diizinkanNya. Bulan Jun juga merupakan penutup kepada separuh tahun 2014, dan kita akan melangkah ke separuh tahun 2014 pula. Mungkin kita tidak sedar betapa pantasnya perjalanan hidup kita, sehingga masa umpama tidak terasa menampar detik hati kita. Namun itulah realitinya, kita terus bergerak ke hadapan, melalui garis masa kita yang penghujungnya kita tidak pasti bila.

Terdetik di hati saya untuk berkongsi, apa yang berlaku setahun yang lalu, jika ada peristiwa signifikan. Umpama ‘Hari Ini Dalam Sejarah’. Jika diselak lembaran riwayat hidup saya, ada satu kejadian, atau barangkali boleh dikatakan peristiwa, yang berlaku pada penghujung Jun. Lebih persis, pada 25 Jun 2013.

Flashback ke masa lalu.

Setahun yang lepas, saya berada di Shah Alam, menghadiri Seminar Blue Ocean anjuran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK). Saya sebenarnya berasa bertuah kerana dijemput untuk menghadiri seminar ini, yang sebenarnya merupakan seminar dalaman yang terhad untuk kakitangan YBK dan anak-anak syarikatnya. Ketika itu, saya bukanlah seorang staf YBK. Saya adalah ex-staff, tetapi hadir atas kapasiti Sukarelawan YBK, dan rasanya saya seorang sahaja ‘orang luar’ di dalam seminar tersebut.

Saya hadir sebagai apa bukanlah perkara pokok artikel ini. Tetapi jemputan itu sebenarnya merupakan satu trigger yang menyebabkan saya bersetuju untuk kembali semula ke YBK, satu NGO yang low profile tetapi sebenarnya banyak jasanya kepada insan-insan yang pernah disentuh hati dan jiwanya. Idea Blue Ocean yang dibentangkan menarik minat saya. Blue Ocean bukan perkara baru, saya pernah mempelajarinya dalam kelas Strategic Management. Ia satu idea besar, gagasan, yang memerlukan pemikiran radikal dan kreatif. Pada ketika itu, saya melihat ‘semangat’ pada YBK untuk melonjak ke satu tahap yang lebih tinggi.

Separuh pertama 2013 merupakan satu tempoh yang mencabar kepada saya kerana saya membuat keputusan-keputusan yang di luar jangka tetapi untuk kebaikan jangka panjang. Juga ada beberapa isu personal yang berlaku, yang memberi tekanan kepada saya. Dalam tempoh tersebut, saya diajak untuk rejoin YBK oleh (ex)-boss saya, tetapi kata putus saya tidak berikan on-the-spot kerana saya menimbang isu personal yang sedang dihadapi. Walaubagaimanapun, Blue Ocean ini memberi saya satu kekuatan untuk kembali dan mengenetepikan isu-isu peribadi. Apa yang berlaku, ia telah berlaku, we have to move forward. Pemikiran Blue Ocean.

Akhirnya pada 1 Ramadhan 1434 atau 10 Julai 2013, saya kembali ke YBK, dengan satu perspektif baru. Janggal pada mulanya, tetapi sebenarnya ia satu platform untuk kita mencambahkan benih-benih idea, perkongsian dan kasih sayang dengan insan dan masyarakat. Sifat professional dipegang, dan bersangka baik dan positif atas setiap orang dan perkara yang berlaku. Alhamdulillah!

Kembali ke masa sekarang. 2014. Jun.

Setahun di YBK. Setahun yang kedua (setahun pertama adalah 1 Ramadhan 1432 / 1 Ogos 2011). Selepas meninggalkan Badan Berkanun.

Saya terfikir, mungkin dalam sesetengah perkara, Allah S.W.T. jadikan dalam bentuk kitaran. Mungkin ia sebagai satu pelajaran, juga satu peringatan. Tetapi saya tetap berfikiran positif. Perasaan dan emosi adalah kitaran, ada kala kita gembira, ada kala kita sedih, dan gembira kembali.

Jika benar apa yang berlaku adalah satu kitaran, adakah . . . . . . .

This entry was posted in Anecdote, Bahasa Melayu and tagged , . Bookmark the permalink.

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s