Dari Lensa YBK – Teraturnya Gelandangan


20150103-Gelandangan-AF

Gelandangan, atau dalam istilah Inggerisnya ‘homeless’. Umumnya faham ciri-ciri golongan ini. Mereka tiada kediaman, hidup secara nomad, dan lazimnya, tiada pekerjaan atau pekerjaan yang berkais pagi berkais petang. Fizikal mungkin nampak selekeh, tidak cantik dan hensem, tetapi daripada sudut sikap, kadang-kala mereka ini lebih ke hadapan berbanding kita yang memiliki rumah dan berminyak rambut.

Hari ini (3 Januari 2015) saya bersama rakan-rakan pegawai dan bos Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) turun untuk melaksanakan apa yang dipanggil ‘Program Memberi Makan Gelandangan’. Dilaksana secara bulanan dan bersama pengurusan Masjid Jamek Kuala Lumpur. Cuma yang lebih meriah, hari ini semua pegawai YBK turun bersama-sama, untuk merasai dan melihat sendiri golongan gelandangan ini – Istilah yang dipanggil oleh Ustaz Mohd Faisal Tan Mutalib “menyantuni gelandangan”.

YBK beramal jariah dengan membekalkan 100 pek makanan tengahari. Tepat jam 12 tengahari, golongan gelandangan ini mula berkumpul di hadapan pintu pagar masjid, tempat agihan dijalankan. Pegawai YBK dan sukarelawan masjid masing-masing mengatur pek makanan dan memastikan segalanya tersedia. Cuaca panas, tetapi wajah masing-masing teruja dan seronok.

Apa yang menarik perhatian saya adalah, golongan ini amat bersopan dan teratur apabila menunggu giliran menerima pek makanan. Tanpa arahan terus, mereka beratur, membuat barisan yang lurus, dan mengikut giliran. Tiada kekecohan yang ‘major’ berlaku, masing-masing mendapat pek makanan dan air minuman secara adil dan saksama. Tidak bising, biasalah nada bercakap, amat tenang. Pegawai YBK yang bertugas tidak berasa terganggu dan lancar pekerjaannya.

Segalanya selesai dalam setengah jam. Kemas. Gelandangan yang menjamu selera di sekitar masjid turut bekerjasama membuang pek makanan dan minuman di tempat pembuangan sampah. Tiada bersepah. Mereka beratur, bersopan, berkemas, dan bersurai. Begitulah yang berlaku setiap kali agihan makanan dilaksanakan.

Fikirkan sejenak – umumnya kita apabila melihat golongan ini, kita meletakkan nilai negatif dan memandang rendah. Selekeh, comot, dan tidak terurus, dan sudah pasti sikap juga jahat. Tetapi realiti yang dilihat adalah berlainan. Betul, mereka tidak kemas, tetapi daripada sudut nilai dan kesopanan, mereka lebih baik daripada sebilangan daripada kita. Malah mereka mengucapkan terima kasih apabila menerima pek makanan mereka!

Mungkin anda berfikir ini hanya perkara kecil, tetapi jika anda pernah melihat video mereka yang lahiriahnya Islam tetapi berebut dan tidak bersopan semasa menerima agihan bantuan, anda pasti tersentak. Gelandangan yang datang kepada kami bukan semuanya Islam, tetapi mereka ini mencerminkan nilai Islam yang penuh kesopanan.

Satu pengalaman yang amat bernilai!

2015Sign

This entry was posted in Anecdote, Bahasa Melayu and tagged , . Bookmark the permalink.

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s