Perutusan Suku Pertama 2017


Perutusan-Suku1-2017

Salam sejahtera,

Hari ini (29/3) kita berada di penghujung bulan Mac, dan bermaksud suku pertama tahun 2017 akan kita muktamadkan. Hari ini juga, kita mula berada dalam bulan Rejab, dan ini menandakan kita ada lebih kurang 60 hari lagi sebelum hadirnya Ramadhan, jika diizinkan Allah S.W.T. bertemu dengannya.

Sahabat-sahabat sekalian,

Menelusuri 3 bulan yang pertama dalam tahun 2017, saya pasti banyak peristiwa yang telah kalian lalui. Peristiwa-peristiwa ini semestinya pelbagai – suka dan duka. Berlakunya semua itu adalah atas pilihan diri kita sendiri, di samping takdir yang tertakluk atas diri kita. Adakah kita berpuas hati dan ‘redha’ dengan segala yang telah berlaku?

Sahabat-sahabat yang dihormati,

Kita sentiasa diberi pilihan dalam hidup, dan tiada perkara yang tidak mempunyai pilihan. Sekurang-kurangnya, kita perlu memilih sama ada ‘ya’ atau ‘tidak’. Cuma apa yang menakutkan kita adalah andai pilihan kita itu satu kesilapan atau satu kejayaan. Kesilapan adalah sesuatu yang tidak dapat dimaafkan untuk diri sendiri walaupun sebenarnya ia satu pengalaman yang berharga. Kadang kala kita takut untuk mengatakan ‘ya’ kerana bimbang akibatnya adalah negatif.

Sahabat-sahabat yang bijaksana,

Setiap daripada kita sudah pasti telah membuat banyak keputusan dan pilihan. Keputusan dan pilihan tersebut ada yang mungkin menghasilkan akibat yang kita tidak jangka atau yang kita tidak mahu. Jika itu berlaku, janganlah kita merasa kecewa yang berpanjangan. Anggaplah itu satu ilmu dan pengalaman. Kecewa yang berlarutan hanya akan melemahkan emosi kita dan menghukum minda untuk melihat peluang lain yang lebih terbuka. Menangislah untuk sehari dan bangkit kembali untuk hari esok.

Sahabat-sahabat yang hebat,

Diharapkan suku pertama tahun 2017 ini telah memberi pelbagai ilmu, pengalaman dan pengajaran kepada kita. Setiap yang berlaku itu ada hikmah menanti. Tiada jalan kembali untuk yang telah berlalu, tetapi masih ada jalan menanti untuk seribu satu pengalaman di hari esok. Tetapkan pendirian kita dan teruskan hidup dengan penuh bermakna.

Akhir sekali, doa saya agar sahabat-sahabat semua terus sukses dan mencipta sejarah dalam perjalanan hidup masing-masing. Teruskan melangkah ke hadapan. Terima kasih.

AUDI FALIQ IBRAHIM
29 Mac 2017

Advertisements

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s