Quick Updates (Again)


My dearest friends, it seems that I’m not updating my blog for a quite long time. My schedule for these few weeks are really ‘tight’ and to be honest, I do not have time to go online and update my blog. Thus, this post is my latest post after a week of silence. Hehe… Some updates from my side;

1. VISION 9 LAUNCH
My all-new policy, Vision 9 will be officially implemented and executed on September 1, 2006. However, the official document is still not fully completed and I am not able to post it in this blog on the said date. I will try my best to complete it and the earliest date that you can expect to read Vision 9 is on September 9, 2006. However, I cannot assure that. Hope you understand and sorry for any inconvenience caused.

2. BTN CAMP!
I will attending Biro Tata Negara (BTN) camp in Besut, Terengganu on 1st September 2006, for 4D 3N. Not only me, but all the first year IIUM students are compulsory to attend. So, again, this is my second trip to Terengganu, the first is when I was attached at Peladang Setiu AGRO Resort Camp for Khidmat Negara last year (for 3 months). My friends at Terengganu, get ready for my arrival! :)

3. PERHIMPUNAN SISWA MERDEKA (PSM 2006) @ UKM
Huh, yes, I do not expect myself to join such a cultural event, but, yes , I’m joining it! PSM 2006 is basically a mass students gathering from all universities in Malaysia to show our spirit of ‘Merdeka’! Me and 6 other students are representing IIUM and we were taught to dance. Yes, dance! We just done our 1st rehearsal at UM last Monday (28 August 2006) and the official event will be held at UKM from 7th to 10th September 2006. Of course, if you ask me is it fun, yes! But the dance course is really tiring. I have no basic in dance/arts (my sister is very good at this!) and I have to learn from a stratch. Alhamdulillah, I managed to fully understand the steps and well, I can dance now :)

4. EXAM, EXAM, EXAM!
Mid term exam is around the corner! On September 12, I will seat for Microeconomics and ICT paper. Statistic paper is also around that week. Huh, my head gonna to explode duh… Anyway, to all my friends, good luck and all the best! Do your best, beat the rest!

Gee, that’s all for this post. See you in next post. Have a NiCE day! Huhu…

Advertisements

Quick Updates


Some quick updates/announcement from me…

  • My study group has been officially alive and will begin its first meeting on Tuesday, 15 August 2006 at IIUM library. This group consist of 7 students (3 females and 4 males) and insya-Allah, we will forming an alliance with other study groups to further strenghten our position and resources. Our first meeting was actually scheduled on 8 August 2006, but due to some unpredictable circumstances, the meeting was postponed to this week. Hope all will be alright!
  • To Puan Norfadzilah Hassan, my former form teacher, Selamat Hari Jadi cikgu! Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki! Saya sentiasa mendoakan kesejahteraan cikgu dan keluarga.
  • Here I would like to promote my affiliate blog; CETERIS PARIBUS (http://surplusnshortage.blogspot.com). This blog is actually created for my group ICT assignment but I would like you to have a look and leave some comment! Although the name is somehow very economic-like, but it is an ICT related blog! Believe it…
  • I will started to do some renovations on my blog, profile and photo album. Thus, you may experience some difficulties and troubles. Sorry for any inconvenience.
  • Some of my friends ask my ICQ number. Take this: 284-330-432. But please take note that I rarely use ICQ nowadays. I prefer to use MSN Messenger and Yahoo Messenger. Better, SMS or call me!

Watch out for next update! Have a nice day.

Dilema Melayu


Nota: Ini adalah pendapat peribadi saya. Saya memohon maaf sekiranya komen saya terhadap beberapa isu/perkara telah secara langsung menyinggung perasaan dan peribadi mana-mana pihak. Apa yang saya ingin sampaikan di bawah adalah datang dari hati yang ikhlas. Maaf sekiranya artikel ini agak bersifat perkauman.

SOALAN: Mengapa pelajar Melayu tidak setanding pelajar dari kaum lain?

Ini merupakan satu persoalan sensitif yang sudah banyak kali dibincangkan oleh tokoh akademik dan para menteri kita. Malah, ada yang berpendapat isu ini adalah isu ‘basi’ dan tidak perlu dikupas lagi. Faktor demi faktor, pelbagai penyelesaian telah dicadangkan, namun semuanya tidak membawa kesan terhadap efficiency pelajar-pelajar Melayu kita. Walau apapun pendapat yang dilontarkan individu terhadap isu ini, saya berpendapat masalah pelajar-pelajar Melayu ini seharusnya diberi perhatian kerana ia melibatkan isu ‘survival’ bangsa kita (saya sendiri adalah seorang pelajar Melayu).

Sekiranya anda telah membaca buku ‘The Malay Dilemma’ karya Tun Dr. Mahathir Mohd (buku ini pernah menimbulkan kontroversi satu ketika dahulu), mungkin anda lebih memahami mengapa individu Melayu agak sukar bersaing dengan kaum-kaum lain malah ketinggalan jauh di belakang. Beberapa faktor yang diutarakan dalam buku ini, dapat kita lihat berlaku di kalangan pelajar (dan remaja) Melayu zaman pascamoden ini. Saya akan mengupas sedikit sebanyak faktor-faktor ini dan memberikan pendapat peribadi saya.

Faktor 1: Keturunan/Genetik (Hereditary)

Dr Mahathir berpendapat bahawa prestasi pelajar Melayu tidak setanding dengan pelajar kaum lain adalah kerana faktor masalah keturunan/genetik yang berpunca dari gaya hidup masyarakat Melayu. Beliau berhujah bahawa kebiasaan orang Melayu berkahwin dengan saudara terdekat (sepupu contohnya) menjadikan keturunan (offspring) mereka ‘lemah’ dari segi daya intelektual dan fizikal. Pendapat ini mungkin agak radikal, keterlaluan dan tidak dapat diterima oleh majoriti masyarakat Melayu kita, malah Profesor Diraja Ungku Aziz mencabar Dr. Mahathir supaya membuktikan kebenaran dakwaan beliau ini. Prof. Ungku Aziz berpendapat bahawa Melayu memang telah dilahirkan lemah, dan kita tidak boleh (agak payah) mengubahnya. Mungkin anda bertanya, bagaimana faktor keturunan/genetik boleh menyebabkan perkara ini berlaku?

Sekiranya anda pernah mengambil subjek Biologi di sekolah menengah, anda tentu telah mempelajari bab ‘Perwarisan’. John Mendell telah berjaya mengaitkan faktor perwarisan dan efeknya kepada keturunan sesuatu spesies. Eksperimen telah membuktikan bahawa sekiranya seekor tikus sihat (dominan) dan seekor tikus berpenyakit genetik (resesif) mengawan, anak-anaknya akan dilahirkan sihat (sifat dominan). TETAPI sekiranya tikus-tikus generasi kedua ini mengawan sesama sendiri, 1 daripada 4 generasi seterusnya akan mengalami penyakit genetik. Apa kaitannya dengan masyarakat Melayu?

Perkahwinan sesama saudara (terutamanya sepupu) telah menjadi satu kebiasaan di kalangan masyarakat Melayu. Praktis ini sebenarnya tidak digalakkan kerana ia dikhuatiri akan memberi kesan negatif kepada keturunan (malah agama Islam tidak menggalakkan perkahwinan sesama sepupu). Apa yang dikhuatiri adalah generasi yang lahir dari perkahwinan ini akan mengalami lemah otak, mudah diserang penyakit dan pelbagai masalah yang berkaitan dengan genetik. Ini terjadi kerana tiada variasi dalam genetik si ayah dan si ibu yang membolehkan daya survival generasi seterusnya berkembang. Masyarakat Melayu telah mengamalkan praktis ini beratus tahun dahulu, dan generasi Melayu kini menerima kesannya. Berbanding dengan kaum Cina, adat mereka melarang perkahwinan sesama saudara dan perkahwinan seharusnya berlaku ‘antara keluarga’ (inter-family). Masyarakat Cina yang berpegang pada adat ini sejak beratus tahun dahulu, berjaya menghasilkan generasi yang daya survivalnya tinggi dan tidak mudah diserang penyakit. Situasi ini jelas dapat dilihat pada zaman ini, di mana masyarakat Melayu memiliki daya tahan yang amat lemah jika dibandingkan dengan kaum lain.

Bolehkah masalah ini diubah? Pada pendapat saya, tidak mustahil! Mungkin untuk mengubah suatu kebiasaan/adat bukanlah perkara yang mudah kerana ia sudah sebati dalam masyarakat, tetapi tidak mustahil untuk dilakukan. Secara jujur, ibu bapa saya juga adalah sepupu, dan mereka telah mengalami perkahwinan sesama saudara ini. Fikirkanlah…

Faktor 2: Persekitaran (Environment)

Dalam buku yang sama, Dr Mahathir berpendapat bahawa masyarakat Melayu amat lemah kerana mereka hidup dalam suasana yang ‘aman’ (baca: senang-lenang) dan tidak perlu bersusah payah. Jika dikaji kembali sejarah asal-usul masyarakat Melayu, kebanyakan dari mereka hidup dalam kelompok masing-masing dalam sebuah kampung. Majoriti adalah petani, dan hasil tanaman hanya untuk kegunaan sendiri sahaja. Masyarakat Melayu sebenarnya kurang berinteraksi dan tidak rajin bekerja, kerana mereka hidup dalam persekitaran di mana segala-galanya telah tersedia. Contoh yang paling mudah: Petempatan awal masyarakat Melayu banyak terletak di pinggir sungai, maka sumber makanan senang didapati. Penanam padi hanya perlu bekerja berat selama 2 bulan, tetapi hasilnya cukup untuk untuk makan sepanjang tahun, dan 6 bulan yang tinggal dihabiskan untuk berehat dan berhibur. Sedar atau tidak, sifat ‘malas’ ini telah menjadi identiti masyarakat Melayu, malah penjajah British yang datang ke Tanah Melayu melabelkan orang Melayu sebagai ‘pemalas’! Ya, kita marah dengan label ini, kerana kita merasakan kita bukannya pemalas. Tetapi jika masyarakat luar melabel kita dengan label yang kurang enak didengar, maka ada sesuatu yang tidak kena pada diri kita…

Saya tidak menyalahkan nenek moyang kita kerana itulah persekitaran mereka ketika itu. Tetapi, yang menyedihkan saya adalah orang Melayu enggan untuk mengubah sifat malas ini. Sifat ini boleh diubah, tetapi kita sendiri malas untuk mengubah diri kita! Tidak dapat dinafikan, saya juga kadang kala malas, tetapi saya cuba untuk melawannya. Saya ingin berkongsi pengalaman saya ketika di tingkatan 5 sekolah menengah dahulu. Kelas saya majoritinya adalah pelajar Cina, pelajar Melayu hanyalah 3 orang (termasuk saya). Saya adalah ketua kelas, dan kebanyakan masa saya dihabiskan dengan berinteraksi dengan rakan-rakan Cina saya. Apa yang saya kagumi adalah kerajinan mereka, dan kesediaan mereka untuk membantu sesama rakan! Saya terfikir, masyarakat/pelajar Melayu seharusnya mencontohi sifat positif pelajar Cina ini. Berdasarkan pemerhatian saya, orang Melayu cenderung untuk menjatuhkan rakannya yang lain demi kepentingan diri sendiri (budaya mencantas/cah-keting/tikam belakang) dan bukannya membantu rakannya! Orang Cina memandang masa hadapan, tetapi Melayu hanya memikirkan keseronokan yang sementara, dan malas untuk mengubah diri sendiri. Renungkanlah…

Sebenarnya banyak lagi faktor yang dikupas dalam buku ini, tetapi saya tidak bercadang untuk mengulas kesemuanya kerana terlalu penjang dan mendalam. Saya menggalakkan anda membaca buku ini (The Malay Dilemma) kerana ia baik untuk kita mengubah persepsi kita terhadap kemajuan bangsa Melayu. Hakikatnya, kita sebenarnya telah hilang ‘kuasa’ di negara sendiri, dan bayangkan jika Hak Istimewa Orang Melayu/Bumiputra dihapuskan dan digantikan dengan sistem meritrokasi, kita akan hilang segala-galanya, kuasa ekonomi dan politik dalam sekelip mata!

Nasihat saya kepada anda dan diri saya sendiri; Berubahlah segera sebelum segala-galanya berubah.

Untuk Renungan Bersama


*    Pilihlah seseorang untuk dicintai & cintalah pilihan anda itu.

*    Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan.

*    Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu.

*    Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya.

*    Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

*    Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.

*    Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.

*    Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki, menghadiri persidangan sebagai persediaan menjadi lelaki yang sebenar & menulis menjadikan anda lelaki sejati.

*    Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan daripada dikesani oleh orang lain.

*    Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.

*    Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.

*    Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap

*    Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan.

*    Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka.

*    Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.

*    Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.

*    Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau beristeri. Anak perempuan kekal menjadi anak perempuan seumur hidupnya.

*    Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.

*    Imaginasi menguasai dunia.

*    Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai.

*    Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.

*    Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu.

*    Rahsia hati seseorang ialah sedalam sebuah lautan yang luas.

*    Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.

*    Orang miskin memakan makanan nyang lebih enak daripada orang kaya kerana makanan mereka adalah berkat kepada kemiskinan mereka.

*    Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.

*    Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya daripada beliau mencintai lelaki tersebut.

*    Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

*    Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam.

*    Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar.

*    Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana

*    Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain

*    Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari

*    Jagalah apa yang anda suka atau anda terpaksa menyukai apa yang anda dapat.

*    Lelaki yang bijak dapat membaca buku & kehidupan sekaligus.

*    Kesabaran akan lebih menguntungkan daripada kekuatan yang dimiliki

*    Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.

*    Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.

*    Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untuk membina sebuah monumen yang indah sekali. Masyarakat abad kini menggunakan jentera hanya untuk membina sebuah kedai

*    Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.

*    Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat.

*    Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah.

*    Mimpi itu adalah perlu dalam hidup.

*    Seorang lelaki boleh dikalahkan tetapi tidak boleh dimusnahkan.

*    Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada kemenangan terhadap orang lain.

*    Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar tetapi tidak melakukannya.

*    Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya.

*    Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama daripada cuba untuk mengejar impian-impian lain selepasnya.

*    Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan.

*    Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu memikirkan masa depan anda.

*    Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.

*    Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.

*    Berterima kasihlah kepada pokok yang memberi anda perlindungan dengan tidak memusnahkannya.

*    Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah hinaan kepada Allah.

*    Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan hari ini.

*    Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca

*    Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah bahawa masa depan masih ada.

*    Rasuah akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamak pada diri manusia

*    Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita belum kecapi kejayaan yang orang lain capai

*    Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang yang gagal terus gagal

*    Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku

*    Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripada yang berlidah manusia

*    Dunia bukanlah tempat menunjukkan kekuatan tetapi untuk kita rasai nikmatnya.

*    Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan kegagalan

*    Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pula jatuh ke bumi

*    Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak membuktikannya melalui perlaksanaan.

*    Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi sewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan.

*    Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya dirinya ditipu.

*    Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan

*    Harta boleh menjadikan seseorang yang tamak sebagai hambanya.

*    Kecantikan dan kebaikan tidak wujud bersama

*    Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian

*    Setiap manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita & kejayaan

*    Harta menjamin dunia. Iman menjaminkan akhirat

*    Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan

*    Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya terhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri

*    Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri anda yang sebenar

*    Masa adalah sekolah di mana kita belajar. Masa adalah api di dalamnya kita terbakar

*    Manusia mesti menamatkan peperangan, jika tidak peperangan akan menamatkan manusia

*    Arus masa depan telah tiba & tiada cara melawannya

*    Kisah cinta yang sebenarnya tiada akhirnya

*    Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan

*    Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah daripada berusaha memperbaiki kelemahan diri

*    Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan

*    Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.

*    Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.

*    Dendam adalah manis. Balasannya adalah pahit.

*    Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.

IIUM, Here I Come! (Part 2)


Today is 13th July 2006.

I have been here for almost two weeks. Classes have started and, well, through these two weeks I got many ‘unexpected’ experiences which were funny and a bit silly. Life in this university can be described in one word: WALK. Yes, you read it right, and why do I say ‘walk’? Well, firstly, as I mentioned in my previous post, my hostel is located far, far away from the kuliyyah, on the peak of the hill. To reach the class, typically I need to WALK for about 30 minutes from the mahallah. Luckily, there is a shuttle service provided but if I were late, no excuse, I have to WALK!

Another unforgettable moment that I will never forget is I was LOST of direction to the class on the first day. To be honest, I was a bit panic and just imagine, the kuliyyah’s building is so HUGE in size and I had to search in every level and every corner and when I found the class, I was exhausted and could not focus on the lecture! Well, I managed to find the other classes without much problem. Nevertheless, what I can conclude here is if you were selected to study at IIUM, bear in mind that life in this university is not easy, it needs your full ‘commitment’, physically, mentally and spiritually.

Watch out for my next post: IIUM, Here I Come (Part Three)