MicroGenius / NES di Telefon Pintar


NES-Intro-J
Anda yang lahir pada tahun 80-an, sudah pasti biasa dengan ‘game’ ini.

Jika anda lahir pada tahun 80-an seperti saya, pasti pernah mendengar dan menggunakan Micro-Genius, konsol permainan ala-ala Playstation dan Xbox pada hari ini. Konsol yang popular pada era 80 dan 90-an ini adalah klon (pirated) kepada Nintendo Famicom/Entertainment System (NES) dan menggunakan katrij (tape) sebagai sumber permainan. Permainan seperti Circus Charlie, Contra, Super Mario dan pelbagai lagi adalah hiburan berasaskan elektronik yang paling canggih pada zaman tersebut (selain ‘Tetris’).

Micro-GeniusEra millenium ini, di mana anda dan saya sudah mencecah umur 30-an dan melihat anak-anak zaman sekarang dengan Xbox mereka, sudah pasti terdetik ingin merasai kembali permainan legend sebagaimana disebutkan di atas. Konsol Micro-Genius anda mungkin sudah rosak, atau kalau masih OK, tidak serasi dengan TV zaman sekarang. Mujurlah anda masih boleh menggunakan telefon pintar anda untuk bermain Circus Charlie dan seumpamanya, dengan memuat turun app emulator NES.

Prosedur yang diterangkan dalam artikel ini adalah untuk telefon bimbit/tablet berasaskan Android (termasuk BlackBerry, yang boleh menjalankan aplikasi Android secara side-load). Untuk iPhone, saya mendapati tiada aplikasi emulator NES pada App Store dan memerlukan jail-break yang agak kompleks, jadi pengguna iPhone, teknikalnya anda tidak boleh memainkan permainan NES tanpa jail-breaking.

Prosedur

NES-PlayStore-Download-J
DARI KIRI : Cari Nostalgia.NES di Google Playstore dan muat turun; Lepas ‘unzip’ ROM, app akan ‘scan’ telefon untuk mencari ROM; Jika ROM tidak tersenarai, pilih MENU dan ‘Search Device for ROMs’.

Buka Google PlayStore dan cari app bernama Nostalgia.NES. Ada dua versi, iaitu percuma (lite) dan berbayar. Jika anda tidak kisah dengan iklan, muat turun versi percuma. Versi percuma ada beberapa had (limitation) tetapi ia tidak mengganggu fungsi permainan.

Selesai pemasangan, anda perlu mendapatkan ‘ROM’ untuk permainan yang berkenaan. ROM ini adalah data file permainan dan perlu dimuat turun. Banyak laman web yang menyedia fail ROM ini (cari ‘NES ROM’) dan untuk memudahkan anda, saya sertakan beberapa ROM untuk anda muat turun di sini.

Fail tersebut adalah koleksi ROM 11 games iaitu Circus Charlie, Contra, Dig Dug, Excitebike, Gun Smoke, Popeye, Rush n Attack, Salamander, Super Mario Bros, Thundercade, dan Yie Ar Kung-Fu.

Un-ZIP fail berkenaan dalam telefon anda. Kemudian buka app Nostalgia.NES dan ia akan scan telefon anda untuk mencari ROM. Jika scan tidak dimulakan, pergi ke Menu dan pilih Search Device for ROMs. Selesai scanning, ROM yang dijumpai akan dipaparkan dan anda boleh mula bermain dengan memilih game yang dikehendaki.

NES-SampleGame-J
DARI KIRI : Super Mario Bros; Circus Charlie; Contra.

ROM yang berkenaan juga boleh dimainkan di PC anda, dengan menggunakan emulator NES untuk PC. Anda boleh cuba VirtuaNES.

Selamat bermain dan mengimbau nostalgia!

Advertisements

Mengoptimasikan ‘Homescreen’ Android Dan Bajet Kahwin


android-platform-iconSalah satu fitur (feature) telefon bimbit pintar dan tablet berasaskan sistem operasi Android adalah kebolehan untuk memanipulasikan skrin utamanya ataupun lazimnya disebut sebagai homescreen. Definisi homescreen itu sendiri sebenarnya berbeza mengikut sistem operasi sesuatu peranti pintar. Contohnya, homescreen pada telefon Apple iPhone dan tablet Apple iPad adalah merujuk kepada paparan senarai aplikasi terpasang manakala sistem Android memberi satu ruang beza antara skrin utama dan lelaci aplikasi (application drawer).

Artikel ini ingin mengupas bagaimana untuk mengoptimasikan skrin utama peranti berasaskan Android supaya lebih produktif dan menjimatkan masa penggunanya dalam melaksanakan tugasan seharian. Pengoptimasian ini adalah berasaskan kajian dan eksperimen saya sendiri dalam mengenalpasti kombinasi dan fitur terbaik untuk dimuatkan di skrin utama peranti Android. Saya menggunakan Samsung Galaxy Note II (GT-N7100) dan Samsung Galaxy S Advance (GT-I9070) sebagai ‘peranti kawalan’ semasa kajian dijalankan.

Mengenalpasti ‘Common Tasks’ Seorang Pengguna

POPULARITI - Pada peringkat awal pengenalannya SMS tidak menerima sambutan menggalakkan, namun apabila kekangan daripada sudut sistem dan operator diatasi, ia menjadi salah satu 'lubuk duit' buat operator sebelum aplikasi IM mengambil alih.
POPULARITI – Peringkat awal pengenalannya SMS tidak menerima sambutan, namun apabila kekangan diatasi, ia menjadi salah satu ‘lubuk duit’ buat operator sebelum aplikasi IM mengambil alih.

Dahulunya fungsi primer telefon bimbit adalah untuk membuat dan menerima panggilan dan fungsi sekundernya untuk menghantar dan menerima SMS. Sekitar tahun 2000 dan ke atas apabila SMS antara operator rangkaian direalisasikan, SMS sudah menjadi fungsi primer telefon bimbit, setaraf dengan panggilan suara.

Integrasi data (internet) dan kos peranti pintar yang semakin mampu dimiliki rakyat kebanyakan telah mengubah cara interaksi dan corak sosial masyarakat. Peranti pintar kini mampu melaksanakan tugasan yang sebelum ini hanya eksklusif untuk komputer meja (desktop PC) di samping liputan data (cellular + WiFi) yang ubiquitous membolehkan tugasan dilakukan di luar pejabat tanpa keputusan perhubungan (being disconnected). Percambahan rangkaian sosial yang berteraskan internet seperti Facebook dan Twitter serta aplikasi permesejan segera seperti WhatsApp dan Viber (sekadar menyebut beberapa nama) melicinkan lagi urusan komunikasi rasmi dan peribadi.

Maka apa yang kita boleh rumuskan secara umum, penggunaan tipikal seorang insan yang memiliki peranti pintar boleh dibahagikan kepada tiga tahap;

Fungsi Primer: Panggilan suara/video; SMS; Aplikasi native (kalendar, jam, nota, kamera, dll.)

Fungsi Sekunder: Pelayaran Web; Rangkaian Sosial; Permesejan Segera (IM).

Fungsi Tertier: Aplikasi non-native seperti Permainan, Rujukan, Pengimejan dll.

Corak penggunaan di atas merupakan hasil pemerhatian umum saya atas beberapa orang pengguna (rakan dan keluarga) dan secara umumnya boleh diguna pakai sebagai andaian umum (general assumption).

Had (Limitation)

Kita juga perlu maklum bahawa peranti pintar Android terdiri daripada pelbagai jenis (telefon dan tablet) dan saiz skrin yang berbeza. Dalam kajian ini, saiz skrin memainkan peranan kerana ia menentukan ruang (estate) untuk kita meletakkan elemen-elemen penting iaitu aplikasi, widget dan pintasan di skrin utama.

Mengambil kira faktor ini, saya turut menggunakan Samsung Galaxy S Advance (saiz skrin 4.0 inci) sebagai peranti kawalan di samping Samsung Galaxy Note II (saiz skrin 5.5 inci) sebagai peranti utama. Purata saiz skrin untuk telefon bimbit berasaskan Android di pasaran adalah 4.0 inci.

Berkenaan versi sistem operasi Android, Samsung Galaxy Note II menggunakan Android 4.1 (Jelly Bean) manakala Samsung Galaxy S Advance secara defaultnya menggunakan Android 2.3.6 (Gingerbread). Walaubagaimanapun, versi sistem operasi bukan isu utama memandangkan semua versi Android membenarkan manipulasi skrin utama.

Walaupun kajian saya ini menggunakan peranti Samsung, ia juga relevan untuk peranti jenama lain seperti HTC, Sony, LG (sekadar menyebut beberapa nama), cuma berkemungkinan sesetengah jenama mempunyai had dalam memanipulasi skrin utamanya.

Selayang Pandang – Skrin Utama (Homescreen)

Mari kita lihat skrin utama tipikal untuk telefon pintar Android. Dalam contoh ini, screenshot adalah diambil daripada telefon pintar Sony Xperia Neo L (MT-25i) dan Samsung Galaxy Note II (GT-N7100);

SKRIN UTAMA DUA JENAMA - Perbandingan di antara Sony (kiri) dan Samsung (kanan). Perbezaan yang ada tidak begitu ketara.
SKRIN UTAMA DUA JENAMA – Perbandingan di antara Sony (kiri) dan Samsung (kanan). Perbezaan yang ada tidak begitu ketara kerana ciri-ciri Android lazimnya serupa tidak kira jenama.

Daripada contoh di atas, skrin utama peranti Android secara umumnya membenarkan kita meletakkan elemen-elemen seperti widget, pintasan (shortcut) kepada aplikasi dan juga folder. Jumlah elemen yang boleh disusun pada skrin utama adalah bergantung kepada ruang/saiz skrin. Kekangan ruang lazimnya boleh diatasi dengan menambah skrin utama (juga disebut pages) tetapi terlalu banyak skrin utama boleh menambahkan potensi ketidakaturan (clutter).

Objektif saya adalah untuk menggunakan ‘single homescreen’ untuk semua fungsi utama di hujung jari, tetapi saya mungkin juga akan memberi alternatif untuk skrin utama lebih daripada satu (bilangan maksimum adalah tiga) tanpa menjejaskan produktiviti secara ketara.

Rujuk kembali screenshot di atas. Di sebelah bawah skrin utama lazimnya telah dirizabkan ruang untuk membuka lelaci aplikasi (application drawer) dan juga tiga hingga empat pintasan ke aplikasi utama (Phone, Contacts, Messaging, dan lain-lain). Pintasan-pintasan ini sebenarnya boleh ditukar * kepada pintasan ke aplikasi lain dan juga folder.

* NOTA: Saya dimaklumkan untuk peranti HTC, pintasan yang diberikan tidak boleh ditukar.

Kita telah pun mengenali skrin utama secara umum, dan langkah seterusnya adalah untuk mengoptimasikannya.

Mengoptimasikan ‘Homescreen’ Untuk Fungsi Primer, Sekunder & Tertier

Homescreen yang perfect sebenarnya bergantung kepada setiap pengguna itu kerana corak penggunaan yang berbeza daripada orang ke seorang yang lain. Namun begitu, jika diambil kira fungsi primer, sekunder dan tertier yang disebutkan di awal artikel, saya telah cuba menyusun atur homescreen yang menyentuh ketiga-tiga fungsi tersebut. Apa yang saya lakukan adalah;

PERTAMA: Menambah empat (4) folder di skrin utama – Social Network, Tools & References, Instant Messaging dan MultiMedia. Sebagaimana namanya, keempat-empat folder ini akan menjadi gathering point untuk pintasan aplikasi-aplikasi. Folder ini boleh dikurangkan atau ditambah tetapi saya berpendapat keempat-empat ‘kategori’ ini adalah essential.

KEDUA: Mengubah senarai aplikasi di ruangan rizab di sebelah bawah skrin utama. Beberapa aplikasi pre-assigned ini sebenarnya redundant pada fungsi dan hanya membazir ruang.

KETIGA: Menambah widget yang bersesuaian dan jika perlu, menambah skrin utama.

Gerakerja ini telah menghasilkan skrin utama sebagaimana di bawah;

SEBELUM DAN SELEPAS OPTIMASI - Perbezaan di antara skrin utama 'stok standard' dan selepas manipulasi dilakukan.
SEBELUM DAN SELEPAS OPTIMASI – Perbezaan di antara skrin utama ‘stok standard’ (kiri) dan selepas manipulasi dilakukan (kanan).

Empat folder utama yang ditambah telah diisi dengan aplikasi-aplikasi yang relevan. Aplikasi-aplikasi ini merupakan yang paling kerap digunakan dan dengan meletakkannya di homescreen, maka capaian menjadi lebih licin dan tidak perlu lagi bersusah payah membuka lelaci aplikasi. Anda boleh menambah dan mengurangkan folder mengikut kesesuaian dan corak penggunaan masing-masing.

Untuk widget, saya telah memilih untuk meletakkan ‘Clock (modern)’ a.k.a. jam analog dan ‘Facebook Buttons’ kerana kedua-dua widget ini antara yang kerap saya gunakan. Widget Facebook memudahkan saya untuk mengemaskini status, muat naik gambar dan daftar masuk tanpa perlu membuka aplikasi Facebook. Jam analog pula kerana saya lebih mudah melihat waktu dalam bentuk begitu berbanding jam digital.

Untuk bahagian rizab, aplikasi asalnya adalah PHONE, CONTACTS, MESSAGING dan INTERNET (pelayar web). PHONE dan CONTACTS sebenarnya terdiri daripada satu aplikasi dan meletakkan kedua-duanya adalah satu redundancy. Anda boleh mengakses PHONE (keypad) melalui CONTACTS dan sebaliknya sebagaimana yang diperlihatkan pada screenshot di bawah. Dalam kebanyakan kes, kita lebih banyak menggunakan CONTACTS berbanding PHONE yang saya rasa hanya digunakan ketika mahu top-up prepaid atau mengakses USSD.

SATU ANTARAMUKA - Aplikasi 'Phone/Keypad' dan 'Contacts' boleh diakses dalam satu skrin melalui 'tab' di sebelah atas. Maka boleh dikatakan aplikasi Phone dan Contacts adalah 'redundant'. Saya berpendapat dua fungsi ini 'diasingkan' kepada dua aplikasi adalah untuk memudahkan pengguna pertama kali telefon pintar.
SATU ANTARAMUKA – Aplikasi ‘Phone/Keypad’ dan ‘Contacts’ boleh diakses dalam satu skrin melalui ‘tab’ di sebelah atas. Maka boleh dikatakan aplikasi Phone dan Contacts adalah redundant. Saya berpendapat dua fungsi ini ‘diasingkan’ kepada dua aplikasi adalah untuk memudahkan pengguna pertama kali telefon pintar.

Atas sebab itu, saya telah mengeluarkan PHONE daripada senarai aplikasi di bahagian rizab dan mengekalkan CONTACTS. Aplikasi S PLANNER (atau CALENDAR) ditambah dan pelayar web FIREFOX menggantikan INTERNET. Aplikasi MESSAGING dikekalkan.

Apa Yang Ada Di Dalam Empat Folder ‘Teras’?

EMPAT FOLDER TERAS - Dari kiri: Social Network, Tools & References, Instant Messaging, dan MultiMedia.
EMPAT FOLDER TERAS – Dari kiri: Social Network, Tools & References, Instant Messaging, dan MultiMedia.

Di pertengahan artikel saya telah menyebutkan bahawa empat (4) buah folder telah ditambah di skrin utama sebagai tempat mengumpulkan pintasan aplikasi mengikut kategori masing-masing. Berikut saya huraikan aplikasi-aplikasi yang saya letakkan di dalam tiap-tiap folder yang berkenaan dan di penghujung huraian, saya sertakan pautan (link) untuk tiap-tiap aplikasi tersebut di Google Play Store untuk rujukan para pembaca.

Folder : Social Network

Folder ini menempat aplikasi-aplikasi yang tertakluk di bawah kategori rangkaian/laman sosial. Kebanyakan aplikasi ini umumnya para pembaca sudah sedia maklum dan mungkin merupakan pengguna aktif (seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain) maka tidak perlulah saya huraikan aplikasi yang mainstream.

Everypost IconEverypost merupakan aplikasi yang membolehkan status, gambar, video dan elemen multimedia yang lain dipost serentak ke pelbagai rangkaian laman sosial seperti Facebook, Twitter, Google Plus tanpa perlu melakukan satu-persatu pada setiap aplikasi. Aplikasi ini sedikit sebanyak dapat menjimatkan masa dalam menguruskan kemaskini laman sosial.

Pinterest IconPinterest berfungsi seumpama clipboard, di mana anda boleh menyimpan (pin) gambar-gambar menarik yang anda temui ketika melayari Internet. Gambar-gambar ini kemudiannya boleh dishare di laman sosial. Anda boleh merujuk laman Pinterest saya di sini untuk mendapatkan gambaran.

Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut setiap aplikasi di Google Play Store;

Facebook | Twitter | Google+ | LinkedIn | Foursquare | Instagram | Keek | Pinterest | Flipboard | Pages Manager | Everypost

Folder : Tools & References

Aplikasi yang ditempatkan di dalam folder ini terdiri daripada aplikasi native (build-in) dan juga non-native (dimuat turun), serta merupakan aplikasi yang membekalkan rujukan, pelaporan dan informasi utama. Aplikasi native di dalam folder ini adalah Calculator, Clock (alarm), dan S Note (Memo/Diary).

Aplikasi yang saya muat turun daripada Google Play Store adalah seperti berikut;

WordWeb IconWordWeb adalah kamus Bahasa Inggeris paling komprehensif. Berasal daripada aplikasi PC, WordWeb untuk Android masih mengekalkan ciri-ciri sebagaimana versi PC. Kamus ini boleh digunakan secara offline (tanpa sambungan data) dan ini memudahkan rujukan di mana sahaja. Kosa katanya amat luas dan jika anda mahu, definisi kata-kata lucah (vulgar) turut dihuraikan. Kelebihan yang lain – ianya percuma!

XE IconXE Currency adalah currency converter yang ringkas dan kadar tukarannya dikemaskini dengan kerap. Anda boleh menetapkan matawang utama dan menetapkan sehingga 10 matawang lain untuk melihat kadar tukaran. Walaupun kadar ini lazimnya tidak sama dengan kadar yang ditetapkan oleh bank-bank tempatan, tetapi boleh digunakan untuk membuat anggaran kasar.

Google Translate IconGoogle Translate merupakan aplikasi penterjemahan yang tidak asing lagi di kalangan pengguna Internet. Walaupun kualiti penterjemahannya boleh dipertikaian daripada sudut ketepatan dan kejituan nahu bahasanya, namun aplikasi ini amat berguna untuk kerja-kerja penterjemahan pantas. Contohnya, jika anda menerima SMS bertulisan karakter Cina, gunakan sahaja aplikasi ini bagi menterjemahkan maksudnya. Satu tips saya – kepada yang bercinta, cetuskan keunikan dengan mengucapkan ungkapan “I Love You” kepada pasangan anda dalam pelbagai bahasa menggunakan aplikasi ini. Saya lakukan ini satu masa dahulu… :-)

TrackID IconTrackID membolehkan kita mengenalpasti tajuk dan artis yang menyanyikan satu-satu lagu dengan hanya merakam petikan lagu tersebut daripada sumber asal seperti radio ataupun fail mp3. Aplikasi ini dibangunkan oleh pihak Sony dan asalnya eksklusif untuk pengguna telefon Sony/Sony Ericsson, tetapi kini boleh dipasang di telefon pintar Android jenama lain. Kualiti detectionnya, berdasarkan pengalaman penggunaan saya, adalah boleh diharap walaupun kadangkala tidak tepat.

Outlook IconOutlook.com merupakan client untuk e-mail berasaskan web Outlook.com (dahulunya dikenali sebagai Hotmail). Sebab saya menggunakan aplikasi ini adalah kerana kebolehannya untuk sync folderfolder tertentu di dalam akaun e-mail saya dan tidak memerlukan saya sync kesemua folder yang berpotensi menyebabkan telefon saya menjadi tergantung (hang) dan kuota Internet saya dihabis licinkan kerana terlampau banyak data.

MyTracks IconGoogle My Tracks dilaporkan sebagai aplikasi yang terarah kepada fitness kerana aplikasi ini bertugas merekodkan laluan (track) perjalanan kita pada satu-satu masa tertentu. Tetapi saya menggunakan aplikasi ini untuk merekodkan laluan dan jarak pemanduan saya daripada satu destinasi ke destinasi yang lain. Kejituan dan ketepatan aplikasi ini dalam merekodkan laluan dan jarak perjalanan adalah tidak dapat disangkal lagi. Laluan perjalanan dilakarkan dengan tepat di Google Maps dan laporan untuk setiap sesi meliputi kelajuan maksimum/minimum, elevation serta jumlah masa dan jarak yang diambil untuk ke destinasi. Aplikasi ini jika dicadangkan digunakan secara mandatori dalam satu-satu organisasi boleh mengurang masalah penipuan mileage claim.

Waze IconWaze adalah aplikasi GPS sosial yang amat berguna jika kita mahu mengetahui keadaan lalulintas di satu-satu tempat. Laporan keadaan lalulintas adalah dibekalkan oleh pengguna Waze sendiri dan lazimnya amat tepat. Saya lazimnya menggunakan aplikasi ini untuk mengetahui keadaan trafik sebelum ke satu-satu destinasi terutamanya di hujung minggu.

Wordpress IconWordPress sebagaimana namanya adalah client untuk pengurusan blog, dan sudah pasti saya menggunakan aplikasi ini untuk menguruskan blog ini apabila tidak berada di depan PC. Komen yang masuk juga kadang-kala saya balas melalui aplikasi ini di samping melihat kadar trafik blog ini.

Opera Mini IconOpera Mini adalah satu pelayar web sepertimana Firefox dan Chrome. Jangan terkeliru kerana Opera Mini adalah berbeza dengan Opera Mobile, juga merupakan pelayar web. Mungkin anda bertanya mengapa saya memasang aplikasi ini sedangkan saya sudah ada Firefox di dalam telefon. Jawapannya adalah kerana Opera Mini ini berfungsi melalui proksi dan kelebihannya adalah kita boleh membuka laman web yang disekat di dalam Malaysia. Kadangkala kajian saya menuntut untuk membuka laman web ‘terlarang’ dan dengan menggunakan aplikasi ini, ia bukan satu masalah.

Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut setiap aplikasi di Google Play Store;

WordWeb | XE Currency | Google Translate | TrackID | Google My Tracks | Waze | WordPress | Opera Mini

Folder : Instant Messaging

Semua aplikasi permesejan segera saya letakkan di dalam folder ini bagi memudahkan akses sekiranya ada rakan-rakan yang menghantar mesej atau saya ingin menghantar pesanan. Kesemua aplikasi yang tersenarai merupakan aplikasi mainstream dan tidak perlu saya huraikan dengan lanjut.

Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut setiap aplikasi di Google Play Store;

WhatsApp | Viber | Facebook Messenger | Google Hangouts | WeChat | LINE | KakaoTalk | Samsung ChatOn

Folder : MultiMedia

Menghimpunkan aplikasi berkaitan pengimejan dan muzik, dan hampir semua aplikasi adalah aplikasi native (Camera, Music Player, Gallery) kecuali TubeMate. TubeMate merupakan aplikasi yang membolehkan kita memuat turun video daripada YouTube melalui telefon dan ia tidak ditawarkan melalui Google Play Store sebaliknya perlu dimuat turun daripada sumber lain.

Cara pemasangan dan penggunaan aplikasi TubeMate ini saya telah huraikan dalam artikel sebelumnya yang boleh dirujuk di sini.


Bonus : Eh, Aplikasi Apa Tu???

Mungkin para pembaca yang tajam penglihatannya, apabila melihat screenshot skrin utama yang dioptimasikan, telah melihat satu aplikasi yang tidak duduk di dalam mana-mana folder dan berseorangan di luar, dan aplikasi itu seperti amat ‘mengujakan’.

KANTOI? - Aplikasi Bajet Kahwin yang duduk di luar bersendirian. Ia masih teruna.
KANTOI? – Aplikasi Bajet Kahwin yang duduk di luar bersendirian. Ia masih teruna.

Aplikasi Bajet Kahwin ini, dibina oleh pembangun aplikasi tempatan dan menurut pembangunnya, aplikasi ini bertujuan untuk membantu bakal pengantin (dan juga pasangan yang sedang bercinta, putus cinta, masih solo, atau yang berniat ingin ‘menambah cawangan’?) untuk menganggarkan kos mengadakan majlis perkahwinan. Saya lampirkan screenshot aplikasi ini;

BERAPA BANYAK? - Kos bagi pihak lelaki dan perempuan boleh dianggar. Untuk yang 'menambah cawangan', mungkin perlu didarab dengan jumlah 'cawangan' yang ingin ditambah. Hahaha...
BERAPA BANYAK? – Kos bagi pihak lelaki dan perempuan boleh dianggar. Untuk yang ‘menambah cawangan’, mungkin perlu didarab dengan jumlah ‘cawangan’ yang ingin ditambah. Hahaha…

Kelebihan aplikasi ini pada saya adalah ia membolehkan kita menganggar kos bagi pihak lelaki dan pihak perempuan dan untuk pihak lelaki, kadar mas kahwin turut boleh dikira berdasarkan negeri asal pasangan (jika berkenaan, untuk Kelantan dan Terengganu, mas kahwin tidak ditetapkan tetapi negotiable). Komponen kos termasuklah kos hantaran, pelamin, makanan, dan lain-lain yang berkaitan.

Kekurangannya, pada pendapat saya, aplikasi ini hanya menjumlahkan kesemua kos tanpa ada ruang untuk mengoptimasikannya, dan mungkin beberapa komponen kos tidak tersenarai untuk dikira secara tepat. Walaubagaimanapun, pembangun aplikasi ini patut diberi pujian kerana ia telah membina satu aplikasi yang ringkas tetapi amat membantu.

Jika para pembaca berasa pelik, tidak, masa saya untuk berkahwin masih jauh lagi. Saya perlu ‘mencari’ pasangan terlebih dahulu…

Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store – klik di sini untuk info lanjut.

Cara ‘Download’ Video YouTube Melalui Telefon


YouTube LogoAnda pengguna Android smartphone?Salah satu aktiviti yang menjadi kelaziman para pengguna smartphone adalah menonton video. Salah satu sumber video yang menjadi pilihan untuk ditonton semestinya daripada laman YouTube di samping laman-laman video yang lain. Jika menggunakan PC atau laptop, terdapat pelbagai cara untuk download video yang diminati di YouTube sama ada melalui penggunaan software ataupun laman web khas yang menawarkan servis download & convert, tetapi bagaimana jika anda tiada di hadapan PC/laptop dan ingin download video YouTube yang anda tonton di smartphone anda?

Carian aplikasi di Google Play Store hanya akan mengundang kehampaan kerana tiada aplikasi khusus untuk anda download video YouTube secara efektif. Ini bukan satu perkara yang pelik kerana YouTube adalah milik penuh Google dan semestinya pihak Google tidak mahu para pengguna smartphone untuk bypass aplikasi YouTube rasmi mereka dan sekaligus mengelak daripada iklan-iklan yang dipaparkan. Walaubagaimanapun, banyak aplikasi yang dibangunkan oleh pihak ketiga yang boleh digunakan untuk download mana-mana video YouTube melalui smartphone anda.

Salah satu aplikasi yang boleh memainkan peranan ini adalah TubeMate YouTube Downloader. Aplikasi ini secara asasnya akan membuka laman web YouTube versi mobile di dalam aplikasinya dan anda boleh menonton dan jika berpuas hati, download video yang ditonton tersebut.

Prosedur Pemasangan (Installation Procedure)

Disebabkan aplikasi ini bukan diedarkan melalui Google Play Store, maka beberapa ketetapan asas di dalam smartphone anda perlu diubah supaya pemasangan aplikasi ini dapat berjalan dengan jayanya. Ikuti langkah-langkah berikut;

PERTAMA: Download fail pemasangan (installer) TubeMate dengan klik di sini.

Jika anda membaca artikel ini menggunakan PC, sila save fail ini, sambungkan smartphone anda ke PC dan transfer fail ini ke dalam memory card (atau phone memory jika mahu). Pastikan anda ingat lokasi di mana anda letakkan fail ini di dalam direktori smartphone anda.

Jika anda membaca artikel ini melalui smartphone, anda boleh klik link yang diberikan untuk download dan meneruskan pemasangan tanpa perlu melalui proses PC-to-Phone File Transfer. Tetapi pastikan anda telah menukar ketetapan untuk membenarkan pemasangan aplikasi luar (third party apps). Penerangan lanjut seperti di bawah.

(1) Pada 'Settings', buka 'Security', dan pada 'Unknown Sources', pastikan ia ditandakan. (2) Amaran Sekuriti akan terpapar apabila anda 'tick', abaikan dengan memilih OK. (3) Buka 'File Manager' dan cari fail pemasangan tadi.
(1) Pada ‘Settings’, buka ‘Security’, dan pada ‘Unknown Sources’, pastikan ia ditandakan. (2) Amaran Sekuriti akan terpapar apabila anda ‘tick’, abaikan dengan memilih OK. (3) Buka ‘File Manager’ dan cari fail pemasangan tadi.

KEDUA: Selepas selesai proses transfer fail pemasangan tadi ke dalam smartphone anda, langkah seterusnya adalah untuk membuka Settings, pilih Security, dan cari ketetapan bernama ‘Unknown Sources’. Tandakan (tick) untuk membenarkan pemasangan aplikasi luar daripada Google Play. Security Warning akan terpapar sebagai peringatan, anda hanya perlu klik OK. Lihat rajah di atas.

PERHATIAN: Rajah di atas diambil daripada telefon Samsung yang menggunakan Android versi 4.1 (Jelly Bean) dan masih relevan untuk Android 4.0 (Ice Cream Sandwich). Untuk Android versi sebelumnya (2.3.x – Gingerbread) seperti yang digunakan oleh Samsung Galaxy S Advance, ketetapan ‘Unknown Sources’ terletak di Settings > Applications.

KETIGA: Cari fail pemasangan yang anda transfer ke dalam memory card atau phone memory tadi. Anda boleh menggunakan aplikasi File Manager yang terbina dalam (contohnya untuk pengguna Samsung, gunakan ‘My Files’). Cari fail pemasangan tadi dan klik untuk memulakan proses pemasangan. Ikut arahan yang diberikan.

(1) dan (2) Ikut arahan pemasangan yang diberikan. (3) Selesai pemasangan, ikon aplikasi akan muncul di 'App Drawer'.
(1) dan (2) Ikut arahan pemasangan yang diberikan. (3) Selesai pemasangan, ikon aplikasi akan muncul di ‘App Drawer’.

KEEMPAT: Selesai pemasangan, ikon aplikasi TubeMate akan terpapar di senarai aplikasi anda. Buka aplikasi tersebut dan secara asasnya anda akan dapat melihat laman web YouTube versi mobile akan terpapar di dalam aplikasi itu sendiri.

KELIMA: Anda boleh membuka dan mencari video yang diminati untuk ditonton atau di download. Memandangkan tujuan aplikasi ini dipasang adalah untuk download video YouTube, maka moleklah untuk kita mencari video untuk di download. Untuk contoh ini, saya ingin download video bertajuk ‘Sway Pussycat Dolls’.

(1) Cari video yang diminati dan buka. (2) Apabila video dimainkan, maka butang Download akan terpapar. (3) Klik butang Download tersebut dan pilih format yang dikehendaki untuk dimuat turun.
(1) Cari video yang diminati dan buka. (2) Apabila video dimainkan, maka butang Download akan terpapar. (3) Klik butang Download tersebut dan pilih format yang dikehendaki untuk dimuat turun.

KEENAM: Dalam contoh ini, saya membuka salah satu video yang berkaitan dengan carian saya (Sway Pussycat Dolls). Apabila video tersebut mula terpapar, butang Download (berwarna hijau) akan muncul. Klik pada butang tersebut dan anda boleh memilih format yang dikehendaki sebelum dimuat turun ke dalam telefon bimbit anda.

Perhatikan dalam senarai format tersebut, ada pilihan untuk muat turun sebagai format lagu (mp3). Ini amat berguna jika anda ingin memuat turun satu-satu muzik video tersebut hanya untuk mendengar lagunya sahaja dan bukan videonya.

Juga dalam contoh di atas, saya memilih video yang tidak boleh dimainkan melalui smartphone. Ini tidak menjadi masalah kerana anda masih boleh download video tersebut, jadi kekangan tersebut dapat diatasi!

Harap aplikasi ini dapat menyelesaikan dilema untuk download video yang dikehendaki melalui smartphone Android anda. Pendapat dan pertanyaan adalah dialu-alukan di ruangan komen.

Menetapkan ‘Custom SMS Tone / Alert’ Di Telefon Pintar Android


Android telah menjadi platform majoriti untuk sistem operasi telefon bimbit pintar
Android telah menjadi platform majoriti untuk sistem operasi telefon bimbit pintar

Suatu ketika dahulu ketika zaman penggunaan telefon bimbit NOKIA dan seumpamanya berada di kemuncaknya, adalah mudah untuk para penggunanya untuk menetapkan lagu, muzik atau bunyi tersendiri sebagai nada dering dan nada SMS tanpa perlu bergantung sepenuhnya dengan koleksi lagu yang sedia ada di dalam telefon tersebut. Langkah yang perlu dilaksanakan adalah amat mudah dan hampir setiap orang boleh melakukannya sendiri tanpa perlu bertanya kepada orang lain ataupun membaca tutorial yang berat.

Zaman telah berubah dan demografi jenis telefon bimbit juga berubah. Mutakhir ini majoriti adalah pengguna telefon bimbit pintar Samsung siri Galaxy dengan sistem operasi Android. Sistem Android ini walaupun secara lahiriahnya agak mudah digunakan, walau bagaimanapun ada beberapa fungsi dan tatacara penggunaan yang mungkin agak kompleks di kalangan pengguna marhaen seperti saya dan anda. Antara yang menjadi kesukaran adalah bagaimanakan cara untuk menetapkan nada dering dan SMS tersendiri (custom) di telefon bimbit Android.

Sukacita saya ingin berkongsi caranya dengan anda semua, sepertimana yang diterangkan di perenggan seterusnya.

Menetapkan Nada Dering (Ringtone) Sendiri

Melalui 'Music Player', pilih lagu yang diingini.
Melalui ‘Music Player’, pilih lagu yang diingini.

Jika anda ingin menggunakan nada dering sendiri dan tidak mahu menggunakan nada dering yang sedia ada terbina dalam (built-in), langkahnya adalah cukup mudah.

PERTAMA: Pastikan lagu/muzik/nada yang ingin dijadikan nada dering itu telah diletakkan di dalam kad memori melalui sambungan USB ke PC ataupun melalui cara penghantaran yang lain seperti Bluetooth. Kemudian, jika perlu, mulakan semula (restart) telefon bimbit anda supaya sistem boleh mengesan lagu/muzik/nada yang telah dimasukkan tadi.

KEDUA: Buka ‘Music Player’ dan cari lagu/muzik/nada yang ingin dijadikan nada dering tersebut daripada senarai yang terpapar. Pada lagu/muzik/nada tersebut, tekan lama (hold down) pada nama tersebut sehingga keluar menu. Pilih ‘Use As Phone Ringtones’ atau ‘Set As’ untuk menetapkan lagu/muzik/nada tersebut sebagai nada dering. Ambil perhatian bahawa menu yang terpapar adalah bergantung kepada versi Android yang anda gunakan (Froyo, Gingerbread, Ice Cream Sandwich, Jelly Bean dan sebagainya).

KETIGA: Anda boleh mencuba sama ada penetapan itu berfungsi dengan memanggil (call) telefon bimbit anda. Jika lagu/muzik/nada yang dipilih tadi kedengaran ketika panggilan masuk, maka anda telah berjaya membuat penetapan tersebut tanpa sebarang masalah.

Menetapkan Nada SMS Sendiri

Senarai 'Notifications' dalam Settings > Sounds. Perhatikan lagu 'Warisan-Sudirman' yang merupakan lagu yang diletakkan dalam folder 'Notifications'
Senarai ‘Notifications’ dalam Settings > Sounds. Perhatikan lagu ‘Warisan-Sudirman’ yang merupakan lagu yang diletakkan dalam folder ‘Notifications’

Untuk menggunakan nada SMS sendiri, langkahnya adalah sedikit berbeza daripada langkah untuk menetapkan nada dering, tetapi mudah untuk dilaksanakan seperti berikut;

PERTAMA: Lagu/muzik/nada yang ingin dijadikan nada SMS itu perlu diletakkan di dalam satu folder khas dan tidak boleh diletakkan sewenang-wenangnya di mana-mana lokasi di dalam kad memori. Menggunakan sambungan USB ke PC ataupun menggunakan ‘File Manager’ di dalam telefon bimbit anda, pastikan anda letakkan file lagu/muzik/nada tersebut di dalam direktori ini

media/audio/notifications

Bermaksud anda buka ‘Memory Card’, buka folder ‘Media’, kemudian buka folder ‘Audio’, dan buka folder ‘Notifications’. Jika folder ‘Notifications’ tidak wujud, anda hanya perlu buat folder tersebut dengan nama yang sama (klik kanan > New > Folder). Kemudian letakkan file lagu/muzik/nada yang ingin dijadikan nada SMS di dalam folder tersebut.

KEDUA: Mulakan semula (restart) telefon anda selepas selesai memasukkan lagu/muzik/nada di dalam folder ‘Notifications’ tadi. Untuk makluman langkah ini tidaklah wajib tetapi amat digalakkan supaya sistem dapat menyegarkan semula (refresh) senarai file di dalam kad memori dan seterusnya mengesan lagu/muzik/nada yang dimasukkan tadi.

KETIGA: Untuk menetapkan lagu/musik/nada tadi sebagai nada SMS, pergi ke ‘Application’ > ‘Settings’, kemudian pilih ‘Sounds’. Pada pilihan yang dipaparkan, pilih ‘Notifications’. Kemudian senarai nada akan dipaparkan, termasuklah lagu/muzik/nada yang anda masukkan tadi. Pilih lagu/muzik/nada tersebut.

KEEMPAT: Anda boleh menguji keberkesanannya apabila menerima SMS masuk, di mana lagu/muzik/nada yang dipilih tadi akan berkumandang.

NOTA: lagu/muzik/nada tersebut tidak terhad untuk nada SMS sahaja. Anda juga boleh menggunakan nada tersendiri untuk Facebook, Twitter dan aplikasi lain, cuma penetapan hendaklah dilakukan di dalam aplikasi tersebut. Contohnya, untuk menetapkan nada tersendiri untuk Facebook, anda hanya perlu buka aplikasi Facebook, pergi ke bahagian Settings, dan cari penetapan untuk Notifications.

Pokok pangkalnya, segala lagu/muzik/nada yang ingin digunakan sebagai nada notifikasi perlu diletakkan di dalam folder Notifications sebagaimana yang diterangkan di atas supaya ia akan keluar dalam senarai Notifications.

Isu: Sambungan USB-PC Tidak Berfungsi

Untuk pengguna Samsung, jika anda mengalami masalah di mana sambungan USB daripada telefon bimbit ke PC tidak dapat dikesan atau tiada sebarang respon, anda perlu terlebih dahulu memasang (install) perisian ‘Samsung Kies’ (muat turun di sini) yang merupakan perisian PC Suite/Phone Management untuk telefon bimbit Samsung. Perisian ini adalah perlu kerana ia mengandungi ‘driver’ yang diperlukan untuk mengesan telefon bimbit anda.

Untuk pengguna jenama lain yang berasaskan Android tetapi mengalami masalah yang serupa, anda juga mungkin perlu memasang perisian PC Suite/Phone Management untuk jenama masing-masing.

Nota Tambahan/Peringatan

Ambil perhatian jika anda menetapkan satu lagu penuh sebagai nada SMS, maka ia akan berbunyi sehingga selesai lagu tersebut. Untuk nada dering ia tidak menjadi satu isu kerana terdapat ‘cut-off’ selepas 20 saat telefon berbunyi, tetapi tiada untuk nada SMS. Maka anda digalakkan untuk memotong (trim) lagu tersebut supaya tidak menjadi isu seperti ‘pencemaran bunyi’ di kemudian hari.

Menggunakan Aplikasi Android (Android Apps) di PC Anda (Bahagian 4)


NOTA: Post ini adalah Bahagian ke-4 dan lanjutan daripada post sebelumnya, iaitu

Bahagian 1: BlueStacks sebagai emulator untuk menjalankan Android Apps

Bahagian 2: Menyelesaikan beberapa isu ‘minor’ di dalam BlueStacks versi standard dengan Go Launcher.

Bahagian 3: Mengimport senarai Contacts ke dalam BlueStacks

Anda digalakkan membaca post-post sebelumnya untuk ‘continuity’ dan mengelakkan kekaburan dan kekeliruan yang mungkin timbul. Terima kasih.

Ini adalah Episod ke-4 daripada siri artikel/post berkenaan cara menjalankan aplikasi Android di komputer menggunakan BlueStacks. Tiga artikel/post yang sebelumnya sudah pun menerangkan secara panjang, lebar dan tinggi berkenaan BlueStacks dan isu-isu yang terdapat di dalamnya, serta jalan penyelesaian. Saya pasti, apabila anda sudah membaca artikel-artikel tersebut, kini anda sudah faham dan mahir dalam menggunakan BlueStacks.

Artikel ini membincangkan, secara spesifik, berkenaan WhatsApp di BlueStacks

Sebagaimana yang kita ketahui, bukan semua apps Android akan berfungsi dengan baik apabila dijalankan di dalam BlueStacks, kerana sifatnya yang merupakan sejenis emulator dan bukannya telefon bimbit/tablet sebenar. Juga, ada apps yang hanya membenarkan dirinya digunakan dalam satu device sahaja dan penggunaan secara serentak (simultaneous) adalah dilarang keras.

Dalam post ini, saya akan menghuraikan isu berkenaan apps WhatsApp, sejenis apps Instant Messaging yang popular di kalangan pengguna telefon bimbit. Suka diingatkan, WhatsApp adalah satu daripada apps yang melarang penggunaan serentak di pelbagai devices, dan satu nombor telefon hanya untuk satu device, dan jika anda cuba mendaftarkan akaun WhatsApp di device lain menggunakan nombor telefon yang sama, anda akan mendapati device asal akan menunjukkan error message.

Untuk membuktikannya, saya telah menjalankan eksperimen dengan cuba mendaftarkan akaun WhatsApp di BlueStacks menggunakan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan untuk akaun WhatsApp di telefon bimbit Android saya.

Kita mulakan eksperimen dengan mendaftarkan nombor telefon yang telah didaftarkan di dalam WhatsApp sebelum ini.

Selepas semua urusan pendaftaran selesai dan WhatApp sudah boleh digunakan di BlueStacks . . .

All seems OK, but really?

Apabila saya cuba buka WhatsApp di telefon bimbit saya (yang nombornya didaftarkan di WhatsApp BlueStacks), mesej ini kelihatan, dan this is not a good thing . . .

WhatsApp DOES NOT ALLOW simultaneous use across multiple device with same service number.

Opps! Daripada eksperimen ini, maka telah terbukti WhatsApp adalah satu daripada apps yang tidak membenarkan penggunaan serentak merentas pelbagai peranti menggunakan satu nombor. Secara teknikalnya, TIADA CARA untuk kita membenarkan penggunaan satu nombor merentas pelbagai WhatsApp, tetapi alternatif berikut boleh digunakan;

ALTERNATIF: GUNA NOMBOR TELEFON LAIN

Gunakan nombor telefon bimbit lain, yang tidak pernah digunakan untuk mendaftar dalam WhatsApp. Membeli nombor telefon baru juga adalah dialu-alukan. Sayugia diingatkan nombor telefon tersebut tidak semestinya perlu digunakan pada smartphone, kerana apa yang kita perlukan hanyalah verification code nya. Saya tunjukkan caranya di bawah;

Dalam contoh ini, saya menggunakan nombor telefon bimbit saya (017-254 xxxx) yang digunakan untuk Tab, tetapi tidak pernah didaftarkan pada WhatsApp. SIM Card nombor ini saya masukkan ke dalam Nokia 5800 XpressMusic, yang tiada apps WhatsApp dipasang. Ingat, tujuan kita hanyalah mahu mendapatkan verification code nya.

Seperti biasa, pertamanya, saya akan daftarkan nombor telefon tersebut di WhatsApp,

Kita daftar semula, kali ini guna nombor baru.

Selepas kita klik OK, seperti biasa, skrin di bawah akan kelihatan. Abaikan dan biarkan progress bar itu sampai ke penghujungnya (maksudnya, anda perlu tunggu).

Tunggu sehingga progress bar itu sampai ke penghujungnya. Kalau nak masak Maggi, masih sempat lagi. Silakan…

Dan dalam tempoh bertenang a.k.a. menunggu itu, di telefon bimbit di mana nombor telefon tersebut ‘hidup’, akan ada satu code di SMS oleh WhatsApp.

Kod tiga (3) digit ini lah yang kita mahukan.

Dan kod yang tertera itu perlu kita masukkan dalam ruang kosong, sebagaimana skrin di bawah, yang akan terpapar selepas progress bar tersebut habis.

Masukkan kod tiga (3) digit tersebut di ruangan yang disediakan.

Sebaik sahaja kod tiga (3) digit itu dimasukkan, WhatsApp secara automatik akan memulakan proses authentication dan selepas itu, ikutlah arahan seterusnya, dan WhatsApp boleh digunakan seperti biasa.

NOTA: Teknik yang sama juga boleh anda gunakan untuk apps yang tidak membenarkan penggunaan simultaneous, terutamanya apps IM-based seperti Viber, ChatOn dan seumpamanya.

Selamat mencuba!