Celcom Blue : Teman 20 & Kegunaannya


Jika anda seorang pengguna Celcom Blue seperti saya, anda sudah pasti sedia maklum akan servis Teman 20. Teman 20 merupakan satu servis di mana anda boleh menyenaraikan sehingga 20 nombor Celcom dan juga talian tetap Telekom Malaysia (TM) untuk dihubungi dan menghantar SMS/MMS dengan kadar yang lebih rendah daripada kadar panggilan dan SMS biasa. Teman 20 secara asasnya mempunyai persamaan dengan servis 8pax/15pax daripada Celcom Xpax yang lama, Activ10 daripada Maxis Hotlink dan Friends & Family oleh DiGi Prepaid.

Kelebihan Teman 20 adalah jumlah slot yang lebih tinggi, di mana pesaing terdekatnya setakat ini hanya mampu memberi 15 slot pada satu-satu akaun. Kadar Teman 20 ini bergantung kepada jumlah tambah nilai (reload) anda pada satu-satu bulan tersebut, lebih tinggi tambah nilai yang dilakukan (dikira secara terkumpul), lebih rendah kadar yang dikenakan. Lihat jadual yang dilampirkan. Ambil perhatian bahawa kadar yang dikenakan hanya aktif untuk tempoh sebulan sahaja dari saat anda tambah nilai. Selepas sebulan kadarnya kembali seperti biasa sehingga anda tambah nilai RM30 dan ke atas (klik di sini untuk melihat kadar).

Kelebihan lain adalah pada hari jadi anda, anda akan dapat membuat panggilan dan SMS percuma ke Teman 20 anda selama seminggu? Ya, sama seperti Celcom Xpax yang lama, dan ini dinamakan Bonus Hari Jadi.

Pengaktifan, Menambah dan Membuang Nombor Dalam Senarai

Salah satu soalan yang sering ditanya adalah bagaimanakah cara untuk menambah dan membuang nombor di dalam senarai Teman 20. Pihak Celcom sendiri tidak memberi penerangan yang begitu jelas di dalam laman webnya. Anda boleh menguruskan Teman 20 anda melalui tiga cara utama iaitu melalui SMS, penggunaan USSD dan juga melalui Khidmat Pelanggan Online Celcom. Saya akan terangkan kepada anda cara melalui USSD dan Khidmat Pelanggan Online memandangkan penggunaan SMS memerlukan anda mengingati banyak arahan (command) yang mungkin memeningkan.

Ambil perhatian bahawa secara asalnya (default), Teman 20 adalah tidak aktif dan perlu diaktifkan, dan saya akan tunjukkan caranya kepada anda.

Cara 01: Penggunaan SMS

Siapa yang mahu guna SMS?

Sebelum penggunaan USSD menjadi popular, hampir semua pengurusan servis prabayar Celcom menggunakan arahan yang dihantar melalui SMS. Jika anda pengguna Celcom veteran seperti saya, anda sudah sedia maklum bukan? Teman 20 juga tidak terkecuali dari menggunakan SMS sebagai salah satu cara pengurusannya.

PERTAMA: Jika ini merupakan pertama kali anda mahu ‘set up’ Teman 20, taip TEMAN ON dan hantar ke 28882.

KEDUA: Selepas servis Teman 20 anda berjaya diaktifkan, untuk menambah nombor, taip TEMAN ADD <nombor telefon> dan untuk membuang nombor, taip TEMAN DEL <nombor telefon> dan hantar ke 28882.

KETIGA: Untuk melihat senarai nombor Teman 20 yang telah anda daftarkan, taip TEMAN LIST dan hantar ke 28882.

Opps, nanti dulu, ambil perhatian bahawa pengurusan Teman 2o melalui SMS bukanlah percuma, tetapi anda akan dicaj 15 sen bagi setiap SMS yang anda hantar (saya dengar caj ini telah dimansuhkan sekarang). Maka penggunaan SMS ini tidak begitu molek jika anda seorang yang kedekut kredit. Sabar, ada cara yang percuma. Guna USSD atau Online.

Cara 02: Penggunaan USSD

Payah nak menghafal segala macam arahan SMS dan nombor? OK, kita ke cara yang moden sedikit, iaitu USSD,

Turutan proses pengurusan Teman 20 menggunakan USSD

PERTAMA: Dail *119# dan tunggu sehingga menu interaktif dipaparkan, dan pilih pilihan ‘Prabayar Saya’.

KEDUA: Selepas itu, tunggu sebentar sehingga menu Prabayar Saya dipaparkan. Seterusnya, pilih ‘Servis Celcom Blue’.

KETIGA: Tunggu sehingga menu Servis Celcom Blue dipaparkan, dan kemudian pilih ‘Teman 20’.

KEEMPAT: Apabila anda telah berjaya masuk ke menu Teman 20, pilih item yang berkenaan, sama ada anda mahu menambah nombor atau membuang nombor. Jika ini merupakan pertama kali anda mahu ‘set up’ Teman 20 anda, pilih ‘Daftar’ terlebih dahulu untuk mengaktifkan servis Teman 20.

OK, mungkin anda tidak sedar, satu item tidak diletakkan di dalam senarai item menu Teman 20. Bagaimana anda mahu melihat senarai nombor-nombor yang telah anda tambah? Anda boleh gunakan SMS. Taip TEMAN LIST dan hantar ke 28882. Pihak Celcom kemudian akan membalas SMS anda dengan senarai nombor Teman 20 yang telah anda daftarkan.

Cara 03: Penggunaan Khidmat Pelanggan Online Celcom (Celcom OCS)

Ha’ah, semestinya inilah cara yang paling moden sekali berbanding cara-cara di atas, cuma kekurangannya anda memerlukan PC/laptop dengan sambungan Internet dan mungkin sesetengah telefon pintar juga boleh digunakan. Bagaimanakah caranya?

PERTAMA: Buka PC anda, buka Internet dan buka Browser anda, jangan buka baju anda yer! Jika anda menggunakan smartphone, bukalah apa yang patut. Kemudian sila ke laman web Khidmat Pelanggan Online Celcom (klik di sini).

KEDUA: Selepas anda berjaya membuka laman web tersebut, langkah pertama adalah mendaftar jika anda belum lagi mendaftar. Klik pada butang ‘Sign Up’ dan ikut arahan yang diberikan. Jika anda telah pun mendaftar, masukkan user name dan password anda, dan login seperti biasa.

Jika anda belum mendaftar, klik 'Sign Up'. Jika sudah mendaftar, log masuk seperti biasa.

KETIGA: Apabila anda berjaya login, klik pada butang ‘Account Details’ dan pilih ‘Value-Added Services’. Laman seperti di bawah akan terpapar. Klik pada Teman 20 (jika anda belum mengaktifkan Teman 20, klik pada ‘subscribe’ terlebih dahulu).

Skrin ini akan terpapar selepas anda pilih 'Account Details' > 'Value-Added Services'

KEEMPAT: Tahniah, anda telah pun sampai ke laman Teman 20. Anda sudah boleh menambah dan membuang nombor, dan melihat senarai nombor yang telah didaftarkan. Mudah bukan daripada menggunakan SMS dan USSD?

Tambah, Buang atau Lihat. Buatlah sesuka hatimu.

Begitulah caranya anda menguruskan Teman 2o anda. Jika ada kesempatan waktu, saya akan cuba menulis berkenaan perbezaan Xpax dan Celcom Blue. :-)

Author: Audi Faliq Ibrahim

Manager (Media & PR) at Yayasan Basmi Kemiskinan

15 thoughts on “Celcom Blue : Teman 20 & Kegunaannya”

      1. Untuk Xpax yang baru, servis 8pax/15pax sudah dimansuhkan. Jika anda pengguna Xpax pelan terdahulu, boleh guna menu *118# atau jika mahu menggunakan SMS, gantikan perkataan ‘TEMAN’ dengan perkataan ‘8pax’ atau ’15pax’ (yang mana berkenaan).

        Like

  1. Terima kasih…entry ini sangat2 membantu…yang paling saya suka, saya tak dikenakan charge lagi…selama ni saya tahu cara SMS je….sekarang dah tahu cara USSD…terima kasih ye :)

    Like

    1. Pertamanya, pastikan nombor anda telah diaktifkan untuk menggunakan Teman 20. Anda tidak boleh menambah nombor sebelum mengaktifkan servis Teman 20 ini. Di telefon bimbit anda, dail *119#, pilih PRABAYAR SAYA, kemudian SERVIS CELCOM BLUE, seterusnya TEMAN 20, dan pilih DAFTAR. Ambil perhatian menu ini mungkin berlainan atau tidak terpapar jika pelan prabayar anda bukan Celcom Blue. Harap maklum.

      Like

    1. Salam sejahtera saudari. Perbezaan antara pelan prabayar yang disebutkan adalah daripada sudut segmen atau kumpulan sasaran yang turut mempengaruhi penawaran, kadar dan ciri-ciri prabayar tersebut.

      Celcom Xpax adalah jenama prabayar utama Celcom dan ia disasarkan kepada golongan remaja dan belia (dalam lingkungan umur 30 dan ke bawah). Celcom Xpax ini turut ‘dipecahkan’ lagi kepada sub-pelan iaitu SOX and UOX yang masing-masing disasarkan kepada pelajar sekolah dan universiti. Disebabkan golongan sasarannya adalah remaja dan belia, maka penawaran dan ciri-cirinya adalah lebih kepada gaya hidup remaja dan belia (panggilan percuma, tiket konsert, dll.) di samping kadar panggilan/SMS nya yang boleh dikatakan rendah.

      Celcom Blue adalah jenama prabayar yang diwujudkan untuk mensasarkan golongan pertengahan dan senior (30 dan ke atas) atau dalam erti kata lain, golongan bekerjaya dan bekeluarga. Ciri-cirinya juga lebih menjurus kepada corak penggunaan golongan ini, dan kadarnya juga sedikit tinggi berbanding Xpax. Celcom Blue ini menurut pemahaman saya tidak lagi dipasarkan dan telah diambilalih peranannya oleh Celcom First Prepaid.

      Celcom Sukses dan Frenz disasarkan kepada golongan imigran atau lebih tepat lagi pekerja Indonesia yang bekerja di negara ini. Ciri-cirinya lebih menjurus kepada IDD (kadar panggilan yang rendah ke Indonesia dan beberapa negara) dan kadarnya adalah relatifnya lebih mahal berbanding Xpax atau Blue namun ia bukan satu perkara yang pelik kerana ia bukan disasarkan kepada pengguna tempatan. Celcom Frenz adalah ‘successor’ kepada Celcom Sukses.

      Harap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih.

      Like

      1. saya telah menggunakan celcom blue selama 5tahun,tp sekarang ini celcom blue tidak boleh ADD atau DEL nombor yg kite nak. bila ditanya di suroh kite pergi menu HELP, tapi maseh tidak boleh juga untok ADD dan DEL nombor tersebut. macam mane nak buat/ boleh bantu saya

        Like

      2. Salam Puan.

        Berkenaan masalah Celcom Blue yang tidak membenarkan pengurusan Teman 20, saya juga mengalami isu yang serupa, sama ada melalui cara manual (SMS) ataupun USSD (*119#). Cara online melalui Celcom Online Customer Service juga tidak dapat membantu kerana sistem sedang dalam proses naik taraf.

        Saya cadangkan Puan bertanya kepada pihak Celcom sendiri melalui laman FB Celcom Customer Service (https://www.facebook.com/CelcomCS) kerana lazimnya mereka akan memberi rektifikasi dengan cepat.

        Harap jawapan ini dapat membantu. :)

        Like

  2. Saya dah lama guna celcom. Sekarang saya pakai executive plan under kampeni punya pakej. Memang jimat sangat. Setiap bulan dapat free 500 sms, free 3000 minit calling, unlimited 3g. Kadang kadang bill saya RM330 sebulan. Saya perlu bayar RM150 je yang selebihnya diskaun.

    Like

Comments are closed.